0 0
“LEYA.”
“Mm.”
“I think he fancies you la.” Pandangan Awin tertala ke arah bunga matahari dalam pasu tinggi di penjuru ruang tamu. “Tukang bagi bunga tu. TJ, I mean.”
“Kau gila?” Leya tergelak nyaris nak tersedak-tertelan kepingan sukun goreng yang tak habis kunyah. “Tu dia bagi sempena Teacher’s Day je la. Bukannya ada maksud tersirat ke tersurat pun. It’s a mere ‘thank you’ gift, alright?”
“Teacher’s Day in February..really?” Awin terangkat kening. “Kau pakai calendar Planet of The Apes ke apa?” Keping sukun yang kelima dicapai bawa ke mulut. Awin geleng kepala tengok dia yang terkelip-kelip mata baru perasan tarikh dapat hadiah sempena Hari Guru yang tak tally dengan tarikh Hari Guru.
TJ bagi in advance kut?
Awin juling mata ke siling rumah, mengira dalam kepala. “Lagi dua hari dah nak masuk empat belas hari bulan..kau sure dia tak bagi bunga tu sempena Valentine’s Day?”
“Gila.” Leya tergelak lagi.
“That. Or budak tu yang mata rabun.”
“He’s a kid, Awin.” Leya buat muka. “Jangan mengarut boleh tak?” Awin mencebik aje. Leya geleng kepala, haru! Tangan yang berminyak dikesat pada kain batik sebelum dia capai Harry Potter and The Prisoner of Azkaban yang baru separuh dibaca.
“Nak dengar something even crazier tak?” Awin pancing perhatian dia yang baru nak mula tenggelam dalam dunia magis.
“Shush.”
Awin buat tak peduli. Nak cakap juga-juga. “I think..Damien also has the hots for you.”
Hampir nak terlepas novel di tangan. “Syazwina Rasyid!” Leya naik suara. Sekali dengan darah yang terasa sejuk turun ke kaki.
“Okay, okay..rephrase; I think Damien fancies you.” Awin pandang dia dengan riak serius tak berkocak. Sungguh-sungguh memaksudkan apa yang dikata. “He likes you. A lot.” Awin tekan sebut ‘a lot’ sebelum bibir tarik senyum sumbing kemudiannya. “Better yet, he might actually loves you.”
Leya tak berkelip mata. Nafas pun macam tak berapa nak lepas dari hidung. Did he...
“Leya…” Awin tarik nafas. “...tunang aku…” Sekilas Awin kerling novel di riba dia. “...the Voldemort to your Harry Potter…” Awin pandang tepat ke mata dia pula. “...dah jatuh hati dengan kau!”
Ⓧ ⓧ ⓧ ⓧ ⓧ